Monday, May 13, 2013

Tima kasih mak.

Assalammualaikum semua,

Dah lama tak menaip dan menjenguk dunia belog ni. Entry pun defisit je tiap bulan. Banyak sebenarnya isu untuk diperkatakan, namun kekangan waktu membataskan segalanya. Ewah! 
Tidak mahu berbicara pasal pilihanraya, tidak mahu berbicara isu post pilihanraya, tidak mahu berbicara pasal Hari Ibu yang dikatakan mengikuti budaya agama Kristian.
Tapi aku nak berbicara pasal EMAK. Yup, my emak yang hampir 4 bulan aku tak jumpa. Sekadar bertanya khabar melalui telefon sahaja. 

Pertama sekali, aku nak confess yang aku ni anak yang degil. Even mak aku sendiri pernah cakap dekat Izz time dia datang berjumpa family aku buat pertama kalinya. Apala mak ni, takleh nak simpan rahsia langsung! Ekeke. 
Mak aku, ibu tunggal. Dia lah ibu, dia lah ayah dan dialah segala- galanya bagi aku dan adikku. Mak aku garang, kalau salah sikit dia cubit style pulas tu, berbekas kau! Kalau tak solat dia akan ambik rotan and pukul kami mengikut jumlah rakaat solat tersebut. So kalo tak solat Asar, 4 kali la aku kena rotan. Aku diajar solat sejak berumur 6 tahun. Mak start pukul kalo tak solat sejak aku dan adik umur 9 tahun tak salah aku. Dan ketika itu aku memang agak culas pasal solat, yela kan aku masih kanak2? Aku tengok kawan lain relax je tak solat. Tapi bila aku dah besar baru aku paham, itulah asuhan mak yang terbaik!
Pernah kan aku cakap yang aku ni budak kampung je? Aku dan adik suka main parit, memancing ikan puyu, haruan, keli etc. Kalau buat aktiviti2 ni, apa kau expect, mesti baju kotor kena lumpur tahap kaw2 punya kaan? Ye, itu yang mak aku tak suka. Dulu rumah kami takde washing machine, boleh bayangkan tak betapa susahnya mak nak sental baju2 kitorang? Mak marah dan pukul tapi dia basuh jugak baju kitorang. 

Emak korang keje ape? Mak aku keje guru KAFA je. Petang2 kayuh basikal gi sekolah agama. Aku and adik kayuh basikal masing2 depan mak. Bila dah cukup duit simpanan, mak beli motor Kriss. Gaji mak waktu tu RM 288 je sebulan. Sikit kan? Tapi mampu jaga makan pakai dan pelajaran dua orang anaknya ni. Aku sekarang kalo takat RM 288 tu sekali shopping je dah licin tapi mak boleh lagi menyimpan untuk saving selepas beli barang2 dapur. Bila aku masuk sekolah asrama penuh, mak buat dua kerja. Pagi mengajar tadika PASTI (gaji RM 200), petang plak guru KAFA. Aku rasa mungkin sebab kami dah makin besar dan memerlukan belanja yang tinggi tu sebab mak kerja dua tempat. Selain tu, kalo rajin mak jual ulam2 selom and daun kesum yang dia tanam, pernah jugak mak jual kucai kat taukeh pasar. Dulu kan kalo nak apa2 mesti tak dapat sebab pastu tuduh mak kedekut! Padahal mak menyimpan untuk kitorang jugak. Mak tak pernah belikan aku anak patung macam barbie doll tu. Aku geram, aku korek duit tabung dan beli anak patung tu, mak tau je abes kena pukul! Ingat lagi bila aku dapat tawaran masuk UiTM pas SPM mak menangis kesyukuran! Pastu mak keluarkan duit simpanan dia yang aku tak sangka boleh sampai banyak tu. 
Kat UiTM aku lagi galak mintak duit. Bodoh betul, sekarang baru tahu harga sekeping duit. Bila aku tamat je degree, mak sekali lagi menangis padahal result aku bukan gempak pun. Mak orang yang paling gembira bila aku dah abes belajar.
Apa perasaan mak ye bila aku dah nak kawen? Mak aku menangis pada Hari Raya Aidilfitri tahun lepas. Adik akula pi gatal cakap: 
"Ni lah tahun terakhir hang raya dengan kami, pasni dah ada suami, raya rumah mentua"
Bongek, tak pasal2 aku pun menangis sekali. Di malam hari pernikahan aku, mak yang tempek kan inai. Aku sayu. Mak diam. Esok time menikah mak mengalir airmata lagi. Aku pun. Sebab aku tau tanggungjawab mak dah lepas, sekarang aku di bawah tanggungjawab Izz. Aku rasa mak pun fikir benda yang sama. 

*kesat airmata* 

Sekarang ni aku pregnant, dah sarat. Aku dah masuk 9 bulan lebih (37 weeks). Letih dan penat tu usah cakapla, aku mengadu kat Izz. Izz tegur, suh aku bersabar, inilah pengorbanan seorang ibu. Otometiknya aku teringatkan mak. Mak bercerai time dia 7 bulan mengandungkan adik aku. 
Kat sapa mak aku mengadu bila sakit2 pinggang? 
Sapa yang tolong picitkan badan dia time dia lenguh2? 
Sapa yang tolong urut kaki dia time malam2 kaki kena simpul mengkarung? 
Dan siapa yang bagi kata semangat time dia bersalinkan adik aku? 

*kesat airmata lagi*

Aku rindu mak. Kelmarin dia datang melawat aku kat KL since aku dah lama tak balik kampung dek kerana masalah placenta previa tu. Mak bawak pulut kuning dan rendang ayam. Aku cakap bila masa plak aku request? Mak cakap ada. Rupanya2 di awal tahun dulu tu. Mak ingat lagi anak dia mengidamkan pulut kuning! Huhu. Mak datang sekejap je, 2 hari 1 malam. Izz kesiankan aku, dia suh aku tido ngan mak malam tu. Mak tengok perut aku yang makin membesar, mak usap2. Mungkin dia tak sangka anak dia yang dulunya kecik sekarang dah besar dan sarat mengandung. Mak cakap aku dah gemok gila, muka kembang, kaki kembang, segala- galanya kembang! Mak senyum2 dan excited tengok baby dalam perut ni aktif menendang sana sini. Malam tu aku cite semua benda yang aku ni dah susah nak tido, kaki krem, dan tabiat pelik hidu sabun Pureen dan terbaru sabun lifebuoy ni:

Mak aku lagi hebat, time pregnantkan aku, dia suka hidu simen yang baru di plaster kat dinding rumah! Hahaha! 

Sekarang aku dah merasai sedikit sebanyak pengorbanan seorang ibu. Aku dah tak sabar untuk bersalin dan rasa sendiri sakit bersalin tu. Mak, ampunilah dosa2 anakmu ini. Kadang2 aku rasa kejayaan aku selama ni (berjaya hidup sejahtera) adalah berkat doa mak aku. Dan aku rasa keselamatan aku pun mak aku sentiasa doakan. Tima kasih mak! Tima kasih mak! Tima kasih mak! 

Thursday, April 11, 2013

Placenta Previa type 3!

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Dunia belog sekarang ni makin menyepi kan? Sekarang orang lebih suka berfb/twitter/wechat dan yang terbaru ber-keek berbanding berbelog. Same goes to me. Dah kurang menulis entri- entri terbaru. Tambahan pulak dengan kesibukkan bekerja and membawa perut yang makin membesar ni. 
Aku dah 8 bulan pregnant. Baby makin aktif di dalam ni dan aku plak makin pasif di dalam opis. Sungguh kontra dan aku percaya ianya normal bagi kebanyakkan ibu mengandung. 

Sebelum ni aku ada share yang doktor cakap aku mengalami low lying placenta stage 1 pada kandunganku sewaktu 7 bulan, kan? 2 minggu selepas tu aku ulang checkup dan waktu itu masalah tersebut jadi lagi membimbangkan, aku dah masuk stage 3! Uri baby dah tutup separuh 'jalan keluar' tersebut dan baby masih lagi dalam kedudukan songsang! Menangis la bila doktor kat klinik kesihatan cakap macam tu. Kes aku terus dirujuk ke Hospital Selayang pada hari yang sama juga. Aku dinasihatkan untuk dimasukkan ke wad tapi aku refused beralasan yang aku tak bleeding dan tak rasa sakit langsung. Gila lama kalau kena waded, dari 32 minggu sampai 36 minggu dan mungkin kena c-zer pada minggu ke 36! Selepas aku buat muka kesian, doktor pun akhirnya bagi aku masa lagi 2 minggu untuk repeat scan dan tengok keputusannya nanti, kalau uri tak naik jugak aku diwajibkan warded!

2 minggu beb, 2 minggu aku tidur tak lena (makan still berselera, haha!) memikirkan keadaan baby dalam ni. Kadang- kadang aku jadi stress dan menangis secara tiba- tiba. Husband pun bersimpati dan kerap balik dari Kuantan untuk menemani isterinya yang kadang- kadang beremosi terlampau ni. Hehe. Bermacam- macam cerita yang aku dengar mengenai placenta prevvia ni sampaikan aku cancel balik kampung tau. Dah lama tak jumpa mak. Seingat aku, last aku balik bulan Januari hari tu. Sedih tapi nak buat macam mana, aku kena berhati2, takut bleeding plak nanti. Sepanjang penantian 2 minggu tu aku banyak membaca Al-Quran dan berdoa semoga Allah mempermudahkan segalanya. Dalam masa yang sama aku pujuk baby suh dia bekerjasama. Taktaula dia paham ke tak. I only speak English when I interact with her. Hehe.      

So semalam aku siap2 kemas baju2 dan barang2 penting yang lain sebagai persiapan masuk wad. Aku pasrah dan berserah semuanya pada Allah. Takpelah, aku pikir boleh gak berehat dalam wad tu nanti. Dan doktor pun scan lah perut aku.
"Kepala baby dah ke bawah"
"So my baby dah tak songsang?"
"Aah"
"And uri pun dah menjauhi serviks"
Alhamdulillah! Aku benar2 bersyukur, Allah dah makbulkan doa kami. Baby pun bekerjasama nampaknya! Thanks! Nasib baik awak dalam perut ibu lagi, nak je cium- cium awak tau! 

Now aku still kena berhati- hati. Takut2 uri turun semula. Takpelah, itu aku berserah kepada Allah. 

Ini aku nak cite pasal lain pulak. Sebelum ni aku tak perasan sangat. Lately baru aku perasan yang aku ada dua tabiat yang pelik bin ajaib. 
Pertama, aku sekarang ni kemain suka hidu bau serbuk pencuci pakaian baby jenama Pureen ni:


Aku hidu bukan biasa2 tau, aku hidu yang sangat dasyat sampaikan termasuk serbuk tu ke dalam hidung! Pastu aku hepi. Hahaha! Dorang letak dadah ke ape aku taktau, yang pastinya kalau sehari aku tak hidu, aku boleh pening kepala. Its too addictive! 

Kedua, aku suka kunyah ais batu. Makan ais dah macam makan snek tau. Sebelum ni tak pernah plak segila ni. Kekadang aku sengaja amek ais lebih buh dalam cawan pastu kunyah ais tu.



Betul la, orang mengandung ni pelik- pelik je -.-"     

Monday, March 18, 2013

Low lying placenta aka uri kat bawah dan aku kena positif!

Assalammualaikum,

I'm about 7 months pregnant (29 weeks). Last week aku pergi checkup macam biasa kat Klinik Kesihatan. After jumpa nurse semua tu aku jumpa doktor. Dia scan then dia bagitau yang kedudukan uri aku kat bawah and baby dok melintang. Uri kat bawah ni atau nama lain Low Lying Placenta ada 4 peringkat. Aku hanyalah di peringkat pertama iaitu kedudukannya hanya di bawah dan menghampiri 'pintu keluar' baby. Memula dengar macam biasa je and doktor tu pun cakap baby boleh bergerak lagi dan Insy uri akan ke atas macam normal. Tetapi entah kena sampuk ngan ape ntah, time kol husband and bagitau dia aku jadi sebak! Menangis la kejap kat situ. Rasa cuak dan takut semua ada. Pastu plak aku google and tanya orang sekeliling..lagi la cuak!

Semalam aku pergi pulak Gombak Medical Center untuk daftar bersalin di situ. Aku jumpa doktor pakar, Doktor Shaheeran tak salah aku, bila aku cakap je pasal uri kat bawah tu terus je dia scan perut. Dia cakap jarak uri aku 3cm dari 'pintu keluar' which is supposed to be 5cm kalau normal. Rasa macam nak pengsan je dengar. And as usual, doktor bagitau baby akan membesar and secara otometiknya uri juga turut akan ke atas. Doktor pesan jangan buat dua benda ni: 
*Jangan buat kerja berat/Angkat benda berat
*Tak boleh 'bersama' suami
Ada sesetengah orang 8 bulan setengah baru uri ke atas dan dan kedudukan baby normal iaitu kepala ke bawah and kaki ke atas. Aku nak bersalin normal, taknak c-zer, operation etc ;(

Ada juga aku baca petua- petua untuk naikkan uri antaranya:
1. Senaman kawal pernafasan. Tarik nafas panjang2 sampai ternaik perut, tahan selama mana mampu and then lepaskan perlahan- lahan. Buat 10-15 kali sehari.
2. Sujud lama2 time solat.
3. Cakap and pujuk baby suh dia nek atas. Hehe. Comel. 
4. Jumpa bidan untuk urut. Ini Opah aku cakap, taktaula boleh jadi ke tak sebab time peknen ni aku takut sikit nak cuba cara2 tradisional ni. 

Sekarang ni aku kena positif, takleh stress- stress sebab bila aku sedih, baby pun akan sedih. Taknak macam tu, I want my baby to be cheerful and happy!  
   
  We always love you, little angel ;') 

Wednesday, March 6, 2013

Persiapan menyambut awak, my baby!

Salam semua
Sihat? Banyak perkara yang berlaku semenjak-dua ni termasuklah pencerobohan Lahad Datu. Marilah berdoa agar kes tersebut segera berakhir. Apa yang penting, jom kita cuba ambil iktibar dari peristiwa tersebut. Isu keselamatan negara bukan benda yang mudah so diharap pihak berwajib akan lebih berhati- hati supaya kejadian seperti ini tak berlaku lagi.

Sekarang ni nak bercerita pasal persediaan aku untuk menjadi seorang ibu. Aku memang seorang yang suka plan apa benda pun yang berlaku dalam hidup aku. Sebelum ni sibuk buat preparation untuk kawen, skang kena buat preparation untuk sambut 'orang baru' dalam rumahtangga kami. Aku dah 27 weeks (6 bulan 3 minggu) sekarang ni. So kenalah buat persediaan tersebut. Taknaklah tunggu sarat betol baru nak gi beli barang, kang tak memasal Izz kena tolak aku pakai wheelchair kot!Hehe. 



Barang- barang baby
Jujurnya, aku suka beli barang2 baby kat expo sebab ia jauh lebih murah dan semua yang kita nak ada di satu tempat. So far aku dah pergi dua baby expo. Satu kat PWTC (18-20 Januari) dan satu lagi kat KLCC (1-3 Mac). Di PWTC tu kecik sikit dan orang kemain ramai! Kat KLCC pulak besar dan banyak booths dan tak sempit sangatla walaupun orang ramai.  




Aku dah list siap2 before pergi expo lagi. Banyak juga rupanya kena beli/prepare bila nak dapat baby ni. Bukan takat baby je kita kena pikir, mak nye pon kena buat preparation! List ni aku dapat dari bantuan pakcik google dan aku modify sendiri:

Pakaian asas bayi

1. Baju lengan pendek (aku beli romper, jenama Baby Cheetah and Pureen)
2. Baju lengan panjang (Baby Cheetah, Pureen)
3. Seluar pendek (Baby Cheetah, Pureen)
4. Seluar panjang (Baby Cheetah, Pureen)
5. Barut
6. Sarung tangan (Pigeon, TollyJoy)
7. Sarung kaki (Pigeon, TollyJoy and ada 4 pasang percuma bila beli romper)
8. Kain bedung (beli 3 RM 29.00 dari booth baby love) 
9. Topi (TollyJoy) 

Lampin

1. Lampin pakai buang untuk newborn dan bersaiz 's' in case baby besar
2. Lampin kain (kawan cakap jenama Anakku yang terbaik)
3. Tisu basah (ini sangat penting!)
4. Alas menukar lampin (aku beli jenama Anakku)
5. Beg lampin (pakai beg City Style dari Medela)

Set Mandian

1. Tuala mandi (aku beli 3)
2. Tuala muka (pakai lampin kain Anakku tu je la kot)   
3. Cecair mandian (jenama Pureen, wangi!)
4. Syampu 

Penyusuan

1. Pam (Medela Swing)
2. Botol susu (aku beli dua, jenama Tommy Tippie and satu lagi free time beli Medela Swing)
3. Beg simpanan susu (Medela) 
4. Sorage bottles (Medela 4 botol dan Bumblee Bee 10 botol) 
5. Berus botol (jenama Pureen)

Set Penjagaan Bayi

1. Losen 
2. Minyak bayi
3. Bedak bayi
4. Sikat
5. Minyak telon (beli dari toko dalam Tesco je, RM 8.00)
6. Ketip kuku (Pureen)
7. Krim ruam lampin 
8. Cotton buds 

Set tidur

1. Tilam (mintak tolong mak sedara belikan sekali satu set tilam kekabu) 
2. Bantal kepala
3. Bantal peluk
4. Cadar dan sarung2 bantal 
5. Selimut (pakai kain bedung tu je)

Miscellaneous

1. Drawer simpan barang baby (bakul pon boleh)
2. Hanger untuk jemur baju baby
3. Tungku baby (beli dari expo, RM 10)  

Keperluan Berpantang

1. Nursing bra
2. Pad
3. Pati ikan haruan
4. Losen mustajab (since ramai cakap tak payah beli set bersalin, membazir je!)
5. Stokin
6. Getah rambut
7. Bengkung
8. Tungku besi
9. Sweater
10. Tilam untuk ibu berbaring kat bawah
11. Susu Hi-Goat 

Selain expo aku gi beli barang2 baby kat Tesco and JJ juge. Tinggal sikit lagi je barang yang aku nak beli. Takpelah, tunggu next month pulak.  


Semalam was my birthday and Sabtu ni his birthday. Biasanya aku and Izz sambut sesama so bertukarlah hadiah macam biasa. Gi celebrate ngan in laws kat kedai makan. Next year Insya Allah celebrate ngan baby plak ;p

Tuesday, February 12, 2013

5 Tips Jaga Hati Suami

Salam semua,
Hari ni hari terakhir cuti Tahun Baru Cina bagi kebanyakkan orang yang bekerja termasuklah aku. Yang balik kampung, mula pulang ke bandar. Yang pulang ke bandar contohnya suami aku, dah mula balik ke tempat dia, Gebeng, Kuantan. Tinggallah si bini yang comel ni kat KL, uhuk! Serius cakap, PJJ (read: perhubungan jarak jauh) ni memang memeritkan. Aku taktaula kenapa mungkin setelah ada ikatan yang sah ini, tambahan pulak dah sarat mengandung, aku jadi sayu je bila Izz nak balik sana. Rasa nak benti kerja and nak ikut dia je! Tapi kena berfikiran waras lah, aku perlu bantu dia dari segi ekonomi kami. Kalau aku jadi surirumah, mana cukup nak survive! Tunggulah rezeki lain, InsyaAllah dipermudahkanNya. 
Entry kali ni saje je nak berkongsi rasa dengan you all mengenai tips menjaga suami walaupun usia perkahwinan aku ni baru setahun jagung. Setahun pun tak sampai lagi! Ehehe. So here are some useful tips for you, bakal berkahwin or yang dah berkahwin:

Hormati suami
Lelaki ni kalau kita hormat dia sebagai ketua keluarga dan tak melawan cakap dia memang dia sayangkan kita. Apa yang dia cakap, kita dengar. Kalau salah pun jangan melawan dan cakap kasar2, explain baik2 nescaya hati dia akan cepat sejuk. Kalau dia tak bagi beli breastpump jenama Medela, and suh beli jenama Pureen je, explain lah yang Medela tu is a good investment. Boleh pakai lama dan selesa digunakan. Janganlah menengking cakap "Takpelah, I guna duit I sendiri! Entah apa-apa lah you ni! Padahal ini anak you jugak! Kedekut taik idung masin! @!#@#DFE!@!!"

Pasang badan 
Suami memang suka tengok bini dia cecantik. Tak perlu sampai macam Megan Fox pun takpe, cukuplah macam Rozita Che Wan! Eh? Hahaha. Maksud aku, kita kena berusaha untuk tampil cantik di mata suami agar suami tak usha pompuan lain. Gi lah sekali sekala buat facial treatment, gunting rambut dan bermekap nipis di depan suami. Badan tu plak jangan berbau bila dekat ngan suami, kerap mandi and tukar baju tu okey?

Jaga hati mertua
Kita kawen ngan suami ni bermakna kita berkahwin ngan seluruh ahli keluarga dia. Lelaki bila berkahwin tanggungjawab utamanya masih lagi ibubapanya dan kita jatuh tempat kedua. Memang dah ditetapkan dalam Islam sebegitu, nanti bila dah ada anak baru kita akan paham terutamanya anak2 lelaki. Unlike a woman, her main priority is always be her husband. Selalunya suami akan perhatikan tingkah laku kita dengan ibubapanya. Kalau kita hormati mereka, suami akan happy dan hidup kita pun aman dan tenteram. Bercakap mengenai pengalaman, aku sekarang tinggal dengan mertua tanpa husband di sisi. Alhamdulillah okey je hubungan aku dengan keluarga mertua dan adik beradiknya yang lain. Tips nya, jangan malas jenguk dapur, rajin berborak dan rajin2 lah kemaskan rumah. Dan juga beli la barang2 dapur sikit, dah duduk umah orang, janganla membebankan mereka, ye dak? Buat keluarga mertua macam keluarga sendiri.  

Simpan duit dan berjimat
Ianya untuk masa hadapan rumah tangga. Tipu lah kalau aku cakap aku taknak dok umah sendiri! Nak memang nak, tapi bak kata Izz, kita kumpul duit dulu buat deposit untuk beli rumah. Dia pun taknak simpan aku lama2 kat umah mak bapak dia. So dari sini aku kena belajar saving. Buat masa sekarang, aku menyimpan untuk keperluan bayi, untuk membantu Izz jugak. Aku tak berkira bila ia melibatkan masa depan kami. Kalau dulu aku agak boros, kini aku dah belajar menyimpan duit. Boleh lah sikit2, asalkan menyimpan! Kadang2 suami ni tak mengharap pun bantuan kewangan kita, cuma kalau kita dapat membantu dia sikit2, dia tahu yang you will always be there bila korang ada masalah kewangan. 

Pikat suami melalui masakan
Yang ni aku suka. Aku beruntung sebab mak aku ajar aku berdikari sejak dari kecik lagi. So bab memasak ni memang tak susah bagi aku. Bukan nak kata aku ni masak sehebat chef dan pakar2 memasak di luar sana. Cukuplah sekadar dapat mengenyangkan suami. Bukan susah pun, kalau tak reti google je resepi! Aku selalu buat macam tu. Ehehe. Buat yang belum pandai memasak, rajin2 lah memasak ok? Dapat goreng telur dadar, ayam masak kicap pun kira ok apa? Kalau advance sikit, boleh lah masak juadah macam ni:


Siakap tiga rasa, ayam goreng, ikan goreng, ulam-ulaman, kangkung goreng belacan dan budu..ye budu. 
Satu lagi tip, kalau kawen ngan orang Pantai Timur, rajin2 lah 'mem-budu' okey? Ehehe. Psst, aku dah pandai makan budu tau!

Friday, January 25, 2013

I want Puding Roti. Now!

Holla people!
Is anyone here working today, as I am? My office is very gloomy you know. The students are amazingly disappeared unlike the other days. The cafe is empty unlike the normal days that I have to line up to pay my food. Its like a zombie land in here. Heh. 
As I am getting bored, I decided to write an entry about food. Yeah its always about food since I eat like a horse lately. Hehe. Being pregnant makes me craving about anything that comes to my mind. Laksa, cendol, Durian, cakes, sukun goreng, you name it! I always wake up in the middle of the night with growling stomach. However, I'll continue to sleep without taking any food because I'm too lazy to get them. Ahaha.
Last week, I browsed some blog updates and I was very interested with an entry about Puding Roti by  Farah Lee, the owner of the blog Kunfayakun. She's Ally Iskandar's wife right? The food was very tempting! Plus, it was very easy-peasy to cook! But I just wanted a small portion of the food so I google-d for a Puding Roti's recipe that required only 5-6 slices of bread. Here's the LINK.   
As usual, I'll improvise any cooking recipes for my own liking! Let's see my version of Puding Roti: 

I used:
8 slices of Gardenia bread
2 big spoon butter (melted)
4 eggs (grade B)
1 teaspoon vanilla essence 
3 big spoon caster sugar 
475 ml full cream milk (I don't like fresh milk by the way)
Some raisins

How to make it?
1. Preheat your oven to 170 degrees
2. Tear the bread into pieces and put in a baking tray 
3. Sprinkle with some raisins 
4. Pour the melted butter onto the bread
5. Whisk the eggs with vanilla essence and caster sugar
6. Combine the mixture with full cream milk
7. Pour the combination into the bread
8. Wait about 10 minutes to have the bread absorbed the mixture
9. Bake the bread pudding at 170 degrees for 60 minutes
10. The bread pudding is best served with custard sauce but I was failed to make it so I served my bread pudding with Hershey syrup. Hehe. 

Here it was like: 


Friday, January 11, 2013

Felt Flower Hand Bouquet & Corsage Untuk Tempahan!

Salam Jumaat semua!
I think its still not too late for me to wish 'Happy New Year 2013' everyone! Macam mana di awal tahun ni? Hope baik- baik aje dong! Im doing great and so my baby. And paling teruja, he/she starts kicking! Its freaking weird to have this kind of experience, but its awesome possum! 

Tahun 2012 memang tahun paling tak boleh aku lupakan. Tahun paling suweet untuk dikenang. Tawen lettew! Ehehe. Yup, aku kahwin pada bulan 9 tahun lepas dan disahkan hamil 3 minggu kemudiannya. Rasa macam baru semalam je sibuk2 buat persiapan kahwin. Macam baru semalam je pusing- pusing Jalan TAR cari manik untuk veil pengantin and hand bouquet. Sedar- sedar sekarang dah pun nak buat persiapan untuk bersalin. Ehehe. How time flies!

Untuk entry kali ni sebenarnya aku just nak try market je. Ada tak kat sini yang berminat nak buat tempahan/sewaan bunga tangan dari kain felt? Macam yang aku buat untuk my wedding. Sila rujuk gambar di bawah: 


Majlis pernikahan+persandingan belah perempuan

Kuning+merah+putih+hijau. Nampak colorful, isnt it? 

Majlis belah lelaki

Selain daripada tu, aku juga ingin membuka tempahan untuk corsage bagi digunakan untuk sebarang keraian. Cakap je nak design yang macam mana. Antara contoh yang aku pernah buat untuk wedding aku adalah yang simple2 je. Warna hijau dan pink. 


Harga pulak bermula dengan RM 30 untuk hand bouquet manakala untuk corsage bermula dengan RM 1.00 je per piece! Aku letak harga murah je sebab aku tahu kerja kahwin ni memang "every cent counts!". Aku pernah merasa betapa sebijik manik pun kau kena tahu harga dia untuk berjimat punya pasal! Kalau berminat, sila email kan dekat aku your enquiries/booking/etc at nurulatikah_uitm@yahoo.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails