Friday, December 28, 2012

17 weeks and counting!

Rasa nak membebel hari ni

Seyesly, bila badan dah mengembang kita akan otometik teringat zaman kekurusan. Di situ lah bermulanya ayat- ayat:
"Comelnya aku bila pakai apa pun cantik je kat badan"
"Panjangnya dagu I, kalah pelakon youuu!"
"Cantiknya bila nampak tulang pipi ni, mekap tak tebal pun nampak manis"

Okay I admit, badan aku dah naik gila2 sejak pregnant ni. Tapi aku tak menyesal. Rasa macam pengorbanan untuk dapatkan anak yang sihat. 4 bulan ni badan aku dah naik sehingga 58kg! Waktu kawen kemain aku diet sampai dapat figure 49kg, tetibe bila pregnant suka hati je dia naik nak dekat 10kg! Itu baru 4 bulan, sarat nanti aku taktaulah macam mana! Hahaha. Orang mengandung ni kuat makan tau, same goes to me. Kalau tak makan on time boleh bawak bergaduh. Semua orang dia nak marah. Sekali dengan tukang masak kat kedai kena marah tau, jangan main- main! 

Bila mengandung ni banyak benda dalam badan aku dah berubah. Physically, yes thats the obvious change! Badan rasa semacam, nak kata tak sihat bukan. Sihat je malahan selera makan menjadi- jadi. Cuma kadang- kadang rasa bloated and uneasy kat perut tu. Bangun pagi pulak mesti usap perut dulu sambil tersengih seronok memikirkan ada baby dalam tu. Hehehe.  So far alhamdulillah sebab tak pernah muntah- muntah walaupun kadang- kadang rasa mual. Ramai orang puji sebab aku takde alahan langsung. Hehehe. Jangan nanti naik 5 bulan baru alah sudaah! Adakalanya badan rasa panas sangat, tido pun sampai berpeluh- peluh. Sudahnya tido je mesti bukak aircond.  

Pemakaian time mengandung ni pun mencabar jugak. Baju baju dah tak muat! Bangun pagi je mesti termenung taktau nak pakai apa untuk pergi kerja. Maternity clothes biasanya orang beli time 5-6 bulan tapi aku 3-4 bulan je dah kena cari! Ahaha. Itulah, baju kurung semua fesyen baju kurung moden and ikut badan pastu mengelabah lah tak muat! Nak cari baju mengandung ni plak kemain la susah! Ada yang cantik macam kat Modern Mom tu tapi mahal sangat. Yang murah nampak macam makcik- makcik pulak. Ahaha.   


At 17 weeks of pregnancy. Attending my friend's engagement's day. 
Baju ni beli kat Times Square, ala- ala vintage gitu ;)

Pemakanan pulak tak menjadi masalah. Aku makan macam biasa. Cuma ada sesetengah makanan yang aku pernah suka gila makan, sekarang bila pikir je leh mual. Sup daging/tulang contohnya. Takleh bau, nak termuntah. Pastu SUSU! Padahal susu penting dalam diet orang mengandung ni. So aku gagah jugak minum susu Enfamama. Tak sedap. Kadang2 tutup hidung time minum. Hahaha. 

Sakit time mengandung ni sangat mencabar. Aku baru je baik dari demam dan selesema tempoh hari. Batuk masih ada lagi. Bila pregnant ni kita takleh sembarangan makan ubat. So bila sakit aku gi jumpa doktor and dia bagi ubat yang safe for pregnancy. Mungkin dos kanak- kanak kot, tak pasti. Pastu rasa manja betol. Husband lah jadi tempat mengadu. Sikit- sikit nak nangis. Tak tabah langsung! Ehehe.   

Now aku dah 4 bulan satu minggu (17 weeks). Rasa makin menegang perut ni. Jalan pun dah kekok. Tau jalan orang mengandung? Hah, camtu la aku dah start berjalan. Terkedek- kedek. Ehehe. Satu lagi aku perasan yang aku makin cepat letih dan mengantuk. Pernah sekali tu pas makan kat kedai and masuk kete je aku terus terlelap. Macam di-dadahkan plak makanan yang aku makan tu. 

Tapi semua yang aku rasa ni berbaloi, seronok bila pikir 2 Jun 2013 ni aku bakal bergelar ibu. Tak sabar rasanya. Tiap hari baca kat internet tentang perkembangan bayi dalam perut. Nak tahu, aku siap beli sepasang baju baby untuk menjadi pembakar semangat! Tengok hari- hari! Ehehe. Orang cakap taboo kalau beli awal- awal ni. Tapi bagi aku ia sekadar untuk membakar semangat ibunya ni dikala rasa sakit mengandung ni. Seronok mengandung ni, bila rasa sunyi takde orang nak bercakap, I'll talk to my baby. Berselawat dan baca Al- Quran itu sudah pasti. Kena bentuk dari awal, kata orang. Semoga menjadi anak yang soleh/solehah.   


Bought at JJ Taman Maluri. Comel taak?

P/S: Waiting for the second scan, teruja nak tau jantina ;)

2 comments:

the malay male said...

awalnya beli baju baby :-)

Wawa Tasliman said...

semua ni precious moment semasa pregnant..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails