Friday, March 16, 2012

DIY: Veil Pengantin

Selain baking, aku minat juga sewing. Masalahnya, aku tak reti sangat field ni, even gerakkan machine pun tak pernah! Setakat jahit butang simple2 tu aku tau lah. Memandangkan aku dah nak kawen (lambat lagi la, tapi InsyaAllah tahun ni) aku kena jugakla belajar sikit2 sewing ni. Bayangkanlah nak jahit jelujur pun aku maseh terkial2, inikan pulak nak gerakkan mesin jahit! 
Jadi projek DIY aku kali ni berkenaan veil pengantin. Aku plan nak pakai time nikah nanti. Baju nikah dah aku hantar ke tailor, veilnya aku nak buat sendiri. Baru ada sentimental value! Ahaha. Setelah beberapa minggu aku google stepsnya akhirnya aku gi beli semua barang2 membuat veil di Jalan TAR.   

Macam hebat je kaan lakar bagai? Haha. Aku pilih nak buat yang bentuk 'D' tu. 

 

Aku beli kain net RM15 semeter dari Osman ape ntah nama kedai tu (berdekatan Gulatis). Kain dia lembut je. Lace pun 1meter gak, aku beli daripada Nagoya, murah sikit. RM14.85 je kot untuk semeter. Pastu beli beads, sequins, pearls dan bekasnya daripada kedai bunga dalam Semua House. Semua sekali aku bajet tak sampai la RM50.00.  

Step Pertama:
Ukur kepanjangan veil yang kita nak. Disebabkan kat umah sewa ni takde tali inci, aku hentam je. Aku taknak labuh sangat, so dari 1meter kain net tu aku amek separuh lebih sikit je. Bentukkan dia 'D'. Tapi aku punya ni tak berapa nak 'D' laa, maklumlah bukan tangan tailor :)
Untuk nampak lagi kemas pergi lah hantar jahit tepi. Ala RM1.50 je. 

 
Siap pakai pinggan kauu! Mampu? Ahaha. 

Step Kedua: 
Potong kain lace ikut kesukaan aku. Ahaha. 
   
Yang atas untuk di-patch kan di bahagian kepala. Akan bertambah cantik kalau jahitkan manik dan pearls di situ.  Aku juga potong kuntum2 bunga yang besar tu untuk border veil bahagian sisi dan belakang. Yang bawah and berkilat tu aku buat untuk border bahagian atas kepala.  

Step Ketiga: 
Proses menampal lace yang dipotong! Tampal here means jahit jelujur halus. Kawan aku cakap jangan pakai gam kain sebab nanti bila dah lelama dia akan jadi kekuningan. So pelan2 la aku jahit menda alah ni. Leceh! Tapi bersabar je lah. Kau jugak nak kawen kaan?
Yang ni belum lagi aku tampal border lace dia. Bawak gi opis kaau! Haha. 
Dan ini pula setelah 70% siap:   

 
Ehehe, takleh buh kaler lagi. Nanti aku dah pakai hari nikah baru aku reveal kan sepenuhnya ye. Haha. Bajet artis ;p 


6 comments:

una berry said...

rajinnya kau tikah!
cantikla veil tu

Hamizah Binti Zulkifli said...

salam..wah..bestnyer wt sndri..pasni leh r tempah kt akak kan?ehhe..

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

wah..rajinnya...bagus2..;))

Hana Soffelia said...

Nice. Salute k! Hana xikut bakat mak. Mak pndai jahit tp hana xsuka sgt menjahit.

Gilalah Ika, blh buat veil sendiri, memang teramat sentimental value u! hehe

ika~~ said...

Una:xrajin mna lah.terbengkalai je stakat ni.bz.haha

Hamizah:boleh! boleh!haha

Mawar:br ada sentimental value gitu :)

Hana:ika pn xde bakat tp ntahla rsa nk buat so buat lah.haha

Adi Alida said...

hehehe..sentimental value kan..kalau boleh semua nak buat sendiri..kalau sempat la kn..
kite pun wat sendiri..hehehe.. gamble nak wat baju sanding sndiri jugak..huhuhu..xsabar nak tunggu siap.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails